sponser

Saturday, March 3, 2012

Thank You Seven


Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Thank You Seven

lawak pendek


Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lawak Pendek
Posted by admin on 2006/10/31 23:34:49 (42773 reads)
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Thursday, December 1, 2011

Cikgu Kaunseling Nur Alia Yang Bodoh

Cikgu Kaunseling Nur Alia Yang Bodoh
Cikgu Nur Alia merupakan seorang guru kaunseling yang baru sahaja berkhidmat di sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang cikgu yang amat disukai disekolah berkenaan kerana sifatnya yang lemah lembut dan mudah mesra dengan pelajar. Di sekolah, beliau sering menegur dan bertanya pada pelajar jika mereka mempunyai sebarang masalah yang boleh menggangu pembelajaran mereka.
Sehinggalah pada suatu hari, ketika cikgu Nur Alia sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, beliau ternampak seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang melihat rakan-rakannya bermain bola sepak. Lalu beliau pun menegur pelajar tersebut.
“Dari tadi cikgu tengok awak ni termenung je..awak ada masalah ke??”
Pelajar tersebut yang sedang asyik melihat rakan-rakannya bermain bola hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja tanpa menoleh memandang beliau. Oleh kerana terlalu lapar, beliau meninggalkan pelajar tersebut dan terus pergi ke kantin.
Setelah selesai makan, beliau pulang ke bilik kaunseling di mana di situlah tempat beliau bekerja dan memberi kaunseling kepada pelajar sekolah berkenaan. Ketika sedang berjalan, beliau ternampak pelajar yang ditegurnya sebentar tadi masih lagi berdiri ditempat yang sama. Kini cikgu Nur Alia yakin yang pelajar tersebut mempunyai masalah. Lalu beliau pun menegur pelajar berkenaan sekali lagi.
“Dari tadi cikgu tengok awak berdiri kat sini. Kawan-kawan awak main bola tapi awak tengok je..awak ada masalah ke? Kalau ada cerita la pada saya. Saya boleh tolong. Saya ni kan cikgu kaunseling kat sekolah ni.”
Pelajar tersebut memandang cikgu Nur Alia dengan dahi berkerut. Cikgu Nur Alia pun berkata lagi.
“Jangan malu..saya tahu awak ada masalah. Dari tadi saya tengok awak berdiri kat sini je…”
Lalu pelajar itu pun menjawab.
“Saya berdiri kat sini sebab saya penjaga gol….”

jom baca hahahaha


Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.


Cerita 2
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik.
Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata,
'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…"


Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.


Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."


Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik.. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...


Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat
bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu
menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu
tidak membeli dua komputer" sahut temannya.


Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya wait masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu.... "


Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......" bapa : ??


Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....

Friday, August 12, 2011

lawak pic pendek-pendek








sumber dari goggle search jah nk sharing ngan kwn2 ku smua,smoga terhibur ye...

Thursday, August 11, 2011

jom tgk lawak video lorak kelantan








video nie smua nya dlm you tube....selamat menonton ye kwn2 smua...

Wednesday, August 10, 2011

kartun lawak ntahapahapa




video nie just suka2 aku post reles tension
smua nya dlm YOU TUBE tq pada sapa yg uplode dlm You Tube tu thaks ya..